MINGGU 14 : TIPS FINAL EXAM & KALENDAR
Masih pada hari yang sama iaitu hari Ahad pada minggu ke-14 kuliah BBK 3408 Multimedia Dalam Sastera. Hari Rabu lepas merupakan kuliah terakhir untuk subjek ini dan merupakan kuliah terakhir untuk aku sebagai pelajar Bacelor sepanjang 3 tahun setengah ini (7 sem). Weyh tak teringat pun ni last kuliah. Ingatkan ada lagi kuliah. Aku pakai selekeh je tau pegi kulaih sebabnya tak dan nak bersiap sebabnya hari Selasa tu sehari semalam tak tidur tak makan siapkan pita. Bertabah jelaa anak muda. Untuk kuliah kali ini, kami diberikan sedikit penerangan tentang final exam nanti. Prof cubalah refresh balik apa yang telah dia tunjuk ajar selama 14 minggu kuliah berlangsung. Haa sebenarnya kami diberikan tugasan sampingan iaitu membuat kalendar 2018. Actually hantar minggu ke-7 hari tu. Tapi aku terlupa nak update sekali time tu. So aku update sekaranglah ye. Kami menggunakan Adobe Photoshop untuk membuat kalendar 2018 ini. Yes , sangast susah sebab kali terakhir guna natang ni masa form 6 dulu....