MINGGU 6 : VIDEO ONE SHOT

Hello my beloved readers. Hari ni sis sedih. Pepagi dah sedih kan 😫 Sis tak balik kampung minggu ini. Arghhhh nak balik. Bila kau dah biasa tiap minggu balik kampung and then tetiba tak balik rasa lain ok. Sis rasakan selama 13 minggu dekat UPM nikan, hanya 2 minggu je yang sis tak balik kampung. Selebihnya 11 minggu sis balik kampung. Ohh lupa nak cakap kampung sis dekat Felda Sungai Mas, Kota Tinggi yang terletak di Johor. Kalau naik bas amik masa 6 jam ok nak sampai. Kalau naik keta 3 jam sampai dah. Kalau setakat sampai JB je 2 jam dah sampai. Kampung sis terceruk sikit tu jauh tu. Gigih tak sis balik tiap minggu. Haa semuanya demi fyp tercinta. Sis buat fyp pasal Ghazal dekat Johor. Tuu biasa balik tu kutip data. Tapi sebenarnya takdalah sampai memerlukan tiap minggu balik. Tapi oleh sebab kawan baik sis 2 orang kawin tau dalam masa 2 bulan ni. So sis pun baliklah. Confirmlah kena 2 minggu berderet balik sebab majlis belah perempuan dan laki kan. Dan adalah jugak sebab sebab lain sis balik. Tapi sis memang rajin balik kampung sejak dari sem 1 lagi. Dulu 2 minggu sekali memang akan balik kampung. Sem 1 ni je tiap minggu balik. Hehe. Maklumlah sis anak bongsu so dia punya nak ngempeng bawah ketiak mak tu lain 🙈 *ngempeng bahasa jawa kud rasanya yang membawa maksud nak berkepit je. Haha.

Sumber : Google Image

Soooo, back to our topic. Sis belajar tentang video one shot pada minggu ke-5 kuliah Multimedia Dalam Sastera. Kami diminta untuk membuat sebuah video klip lagu yang kami pilih sendiri. Kena miming ok bukan guna suara katak panggil hujan kami ni 🙉 Video one shot ini adalah video yang diambil dengan menggunakan sebuah camera sahaja dan letakkan camera tu di suatu tempat tanpa ada sebarang pergerakan. Maknanya camera tu statiklah. Kami yang kena kelauar masuk untuk menjadikan video menarik. So kami kena pepandai fikir untuk jadikan video menarik mengikut kreativiti sendiri.
Sumber : Google Image

Ohho, guess what? Macam macam ok berlaku sepanjang pembikinan video ni. Lagu tah bapa banyak kali tah tukar. Memula nak lagu Tamparan Wanita by Elite. Ok, so kitaorang pun buatlah rehearsel dekat kolej aku iaitu Kolej Tun Perak sebab kat kolej ini ada tempat yang sesuai untuk berlatih then kat kolej ini untuk budah sastera aku sorang je kat sini. So kalau nak practice tu takdalah budak class kitaorang nampak. Barulah rahsia gitcheww. Dah practice menari dah badan yang kaku macam kayu ni. Then Dila pun mai lepas dia balik keja dalam pukul 11 malam gitu. Dila ni jenis yang banyak idea tau. So dia pun cadangkanlah tambah scene berlakon semua sebab dia kata dia tak boleh menari. Haa sudah peninglah nak menari nak berlakon. Dan berlaku sedikit perselisihan faham. Memasing diam jap dalam 10 minit gitu. Then bila semua dah cool Dila pun bersuara jom kita buat lagu Hang Pi Mana. Senang je. Boleh buat spontan. Lirik pun senang ulang ulang je. So everyone was like oh ok on je.

Then tadaaaa, enjoy watching



And macam biasalah akan dipostkan di laman media sosial Instagram. Followlah ig sis bungaaaaaaa @ https://www.instagram.com/bungaaaaaaa_/. Sempat pulak tu promote ig sendiri 😜

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 : VIDEO THREE LAYER DAN SERAM

MINGGU 12 : VLOG

MINGGU 8 : PEMBENTANGAN KAITAN SASTERA DAN MULTIMEDIA