MINGGU 12 : VLOG

Selamat Malam Semua.

Maafkan saya sebab terpaksa post banyak dalam masa dua hari. Ini adalah disebabkan dekat kampung internet connection sangat teramatlah menyedihkan. Jadi saya terpaksa post sekali gus. Pun bolehlah ye. Asalkan ilmu dan pengetahuan yang hendak disampaikan itu dapat disalurkan dengan baik dan sempurna.

VLOG? Apakah itu VLOG? Pernah dengarkan anda tentang VLOG? Elleh menipulah kalau tak pernah dengar. Lagi lagi kaum perempuan ha. Korang mesti ada tengok video-video artis or public figure or influencer or businesswomen/man kat Youtube. Haa itulah dia VLOG. Macam yang Vivy Yusof, FaaFirds dan sebagainya. VLOG ini sebenarnya "v" tu merujuk kepada video dan "log" merujuk kepada blog. Kalau sekarang ini aku menggunakan blog sebagai medium aku menyampaikan maklumat di mana aku menulis ye. Kalau VLOG ni pulak adalah penyampaian maklumat atau catatan diari harian secara video atau untuk lebih spesifik secara rakaman. Secara kesimpulannya, VLOG boleh ditafsirkan sebagai  suatu bentuk kegiatan blogging dengan menggunakan medium video di atas sumber media.

Ok. Itulah yang aku pelajari di kuliah minggu ke-12 BBK3408 Multimedia Dalam Sastera. Profesor Dr. Normaliza telah memberikan kami tugasan membuat satu VLOG untuk kami meluahkan isi hati sepanjang berada dalam kuliahnya dnegan segala assignment yang diberikan bersama-sama rakan-rakan sekumpulan. Oh sebelum terlupa Prof pesan jugak. Background mestilah lawa. Dan kebetulan minggu kena buat video VLOG ini aku balik kampung halaman. Kan dah cakap aku memang kejanya balik kampung manjang. Aku balik kali ni sebab ada kenduri dekat rumah woi. Kena tolong merewang. Kenduri anak-anak sedara aku berkhatan iaitu Acap, Adam dan Fateh serta majlis potong jambul Fateh.

Kampung halaman aku terletak di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor. Kampung aku ni dekat sangat dengan laut tau. Dalam 15 minit je nak pegi laut. Laut apa? Tanjung Balau, Tanjung Lompat dan Desaru antara yang paling dekat dengan kampung aku. So aku dcidelah untuk shoot video dekat pantai. Lagipun aku memang suka sangat pegi pantai. Rasa tenang sangat bila duduk tepi pantai. So aku angkut sorang kawan aku pegi Desaru. Masuk Sand & Sandal Desaru Resort & Spa. Saja je pilih dekat hotel sebab diaorang baru renovated and aaku tak penah masuk sejak dorang buat renovation tu. So alang-alang kita tinjaulah macam mana perubahan tu. And yes masa masuk tu I was extremely wowwww. Cantiknya sekarang hotel ni. Dulu buruk kud 😭 Good joblah owner baru eh berjaya buat hotel ni jadik lawa and so interesting. Macam macam ada. Pegilah search ok pasal hotel ni untuk tahu lebih lanjut. And memang aku recommend untuk korang bercuti bersantai di tepi pantai di hotel ini.


Pintu Masuk ke Sand & Sandals Desaru Resort & Spa
 

Lobby
Laluan Menuju Ke Pantai & Swimming Pool

The Cove aka tempat makan
Sumber semua gambar adalah dari Google Image. Aku tak sempat amik gambar semua bangunan dia sebab sibuk slefie je. Malulah nak post kan. Malu kan perhiasan seorang wanita . Tetiba jekan. Haha. Dah nah vlog aku. Saksikanlah ye sebab ni video terakhir ok untuk kuliah subjek ini.


Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 : VIDEO THREE LAYER DAN SERAM

MINGGU 8 : PEMBENTANGAN KAITAN SASTERA DAN MULTIMEDIA