MINGGU 9 : VIDEO ONE SHOT TWO LAYER

SELAMAT TENGAHARI PEMBACA YANG DISAYANGI.
Semua dah lunch ke tu? Iols dah melantak nasi kerabu dah tadi. Licin haa kau mak makan. Lama betul tak kena nasi kerabu ni. Uols tahukan nasi kerabu ni berasal dari negeri Kelantan.

Nasi Kerabu (Google Image)

Lapar sangat sebab semalam seharian tak makan berat. Just makan jajan jee. Seharian ok tak keluar bilik sebab duduk menyiapkan FYP (Final Year Project) dari pagi sampai ke pagi. Tidur jap 2 jam then sambung semula buat. Haishh, FYP is killing me right now 😫 And tadi dah hantar full draft kat SV (supervisor) Harapnya bila dia cek nanti tak banyaklah kena betulkan. Well, actually takdalah dah siap sepenuhnya pun. Temubual i dengan responden tak siap lagi. Tu jee tinggal tak siap untuk lampiran. Tak larat dah nak buat. Tu stop buat hantar then pegi class. 


My situation right now 😪

Ha, memandangkan hari ini adalah hari Rabu so that means hari ni kuliah dengan Profesor Dr. Normaliza pada jam 10 pagi. Kuliah terakhir kami dengan Prof memandangkan dah minggu ke-14 dah 😱 Ohhyemmgee, cepatnya masa berlalu kan. tak puas lagi belajar dengan Prof. Terima kasih Prof untuk segala ilmu yang Prof. kongsikan dan curahkan kepada kami selama 14 minggu kuliah ini. Saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah silap yang saya masuk class lambat tu saya minta maaf. Jujur ni tau 3 kalai je datang lambat and tak pernah ponteng ok class Prof 😚 Nah serangkap pantun untuk Prof kegemaran saya untuk semester ini :

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Kami Sayang Profesor Dr Normaliza 💕
Ok, jom cerita pasal topik kita pada hari ini. Pada minggu ke-9 kuliah BBK 3408 Multimedia Dalam Sastera, kami telah mempelajari tentang video one shot two layer. Natang jadah apa ni eh? Ok video one shot two layer ini sama je macam video one shot yang memerlukan kami meletakkan camera di satu tempat sahaja, tiada pergerakan camera boleh dilakukan maksudnya camera statik ye.Video one two layer ini merupakan video yang ada 2 cerita dalam satu lagu. Paham ke idok tu? Contohnya dekat bahagian depan camera terpacak seorang mamat tengah miming feeling nyanyi lagu. Bahagian belakang tu adalah pelakon pelakon tambahan sedang berlakon seperti meratapi pemergian kekasih hati di tepi kubur. Pastu roh si kekasih hati lalu dengan muka rela tak rela meninggalkan selendang ke kasut ke pun boleh. Yang tengah meratapi tu acah acahlah tak nampak roh tu tau. Lepas tu bermulah kisah flashback saat gembira bersama. Haa faham tak sekarang? Jelaskan explaination sis ni.

Untuk video one shot two layer ni kami telah pilih lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira. Kenapa pilih lagu ni? Sebab kami rasa lagu ni sesuai ntuk bawak tema yang kami akan bawakan tu. So, kali ni Dila jadik tuan pengarah. Dia yang create scene and atur semua. And macam biasa kami akan ada satu hari untuk berlatih bersama. Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan shooting video nanti. Tahu tak masa pembikinan video tu kami ada masalah tau sebenarnya. At first, kami nak shhot video dekat pokok lagenda budak setan kat Ladang 16 tu. Ok cun semua dah sampai dah sana. I dah setting props dah semua. Masing-masing tengah buat keja sebelum shooting bermula. Yelaa semua nak get ready dulu kan. Dalam 10 minit kami tengah prepare tu datang seorang makcik ni jerit dari bawah, "Tutun, turun sekarang!" dengan nada yang marah. Bengang sangat time tu. Sebab bukan tak boleh masuk pun. Boleh je. Sebelum kami nak masuk tu dah minta kebenaran dengan seorang pakcik yang jaga tempat tu pun ha. And kat pagar pun ada tampal notis yang penggambaran oleh pelajar UPM dibenarkan. Kekwat sangat makcik tu. Huh annoying tau sis

Sumber : Google Image
Sis sebenarnya nak jadik penyanyi dalam video ni. Sebab sis suka sangat dengan lagu ni. Dah hafal lama dah tapi sebab suara tak sedpa cancel jadik penyanyi miming. Sis kena berlakon. Sis is redho.


Macam biasalah kami memuatnaik video kami di laman Youtube. Jom tambah view video kami:


Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 : VIDEO THREE LAYER DAN SERAM

MINGGU 12 : VLOG

MINGGU 8 : PEMBENTANGAN KAITAN SASTERA DAN MULTIMEDIA