MINGGU 10 : VIDEO THREE LAYER DAN SERAM

ASSALAMUALAIKUM.
Study week untuk I dah bermula. Semalam lagi dah balik kampung halaman. And yes, kalau balik kampung semestinyaa poor internet connection. Wehh, line pun takda eh kat sini 😰 Camne nak buat keja eh gini. Hmm lantaklah. Nikmatilah masa cuti sehabis baik. And malam ni family I sambut birthday anak-anak buah I yang lahir pada bulan Disember. Selamat Ulangtahun Kelahiran Kesayangan-Kesayangan Ucu Semua ----> Aqil Asyraf 7 tahun, Syed Ar-Rayyan 6 tahun dan Medina Hasya 2 tahun.

Dari kiri : Mia, Dina (Birthday Girl), Odah, Acap (Birthday Boy) & Ean (Birthday Boy)
Pada minggu ke-10 kuliah BBK 3408 Multimedia Dalam Sastera, kami telah diberi dua tugasan iaitu video three layer dan video seram. Arghh kenapa sampai dua video ni 😖 Sebabnya kuliah minggu 11 takda sebab kitaorang VIVA iaitu pembentangan Projek Ilmiah Tahun Akhir. Terima kasih Prof memahami kami dengan memberi kelonggaran untuk cancel class untuk persediaan viva and ada yang viva hari Rabu tu. So Prof telah bertoleransi dengan kami semua. Video three layer ini kami telah diarahkan untuk menggunakan lagu yang sama untuk semua pelajar bawah kelas Prof. Lagu yang dipilih ialah Dua Insan, nyanyian M. Nasir dan Yunizar. video three layer ini adalah merupakan sebuah video yang mempunyai layer 1 ialah penyanyi, layer 2 ialah pelakon dan layer 3 ialah scene yang tidak dirancang. Dan penyanyi perlu masuk dalam jalan cerita. Haa gitu, faham kan semua ? Maksudnya gini tau, camera macam biasa berada pada keadaan statik (one shot), kemudian ada penyanyi yang miming lagu, kemudian ada lakonan di belakang dan layer ketiga iaitu scene yang tak dirancang ialah seperti pokok bergoyang, orang melintas, lori parking and yang seangkatan dengannya. Ok, untuk tugasan video one shot three layer ni kami kena shot di tempat awam yang ramai orang lalu. Tahu tak satu cabaran dan rintangan untuk kamilah. Malu ok nak shot tengah ramai orang tu. Ok sekali lagi kena tebalkan muka dan seharusnya kami redhoooo. Sebenarnyakan pada mulanya kami shoot dekat IOI City Mall Putrajaya dengan menggunakan dua orang pelakon lelaki tambahan ha. Tapi disebabkan beberapa halangan menyebabkan kami terpaksa reshoot video kami ni. Sedih tauu. Redho ye sis sis smua.


So disebabkan masalah yang tak dapat dihalangi kami telah mengambil semula video dua insan kami ini. tempat yang dipilih ialah Fakulti Perhutanan UPM.


Jom saksikan video kami di Youtube. Mehlah tambah viewer kami. bagilah chance nak merasa duit profit penat lelah buat video. Hehe.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis cite video one shot three layer. So move to another video which is Video Seram. Seram ke tu? Our first impression bila dapat tahu kena buat video seram adalah OHHMYYGOD *jaw dropped* 😱😱😱 Engko tahu tak aku ni penakut orangnya. Ya Allah tabah jelaa weyh. Prof beri kami assignment untuk buat video seram dengan berlandaskan beberapa aspek seperti masukkan video hanya 7 minit shaja termasuk bts & credits, sound effect, minimum 4 lokasi dan mengikut kreativiti sendiri. Biasalah idea tu memang ada, mencurah-curah macam hujan turun. Tapi itulah. Pelaksanaan video tu yang sukar. Kena kuat jee semua. So as usual kami assign tugas masing-masing.

Pemilihan tempat adalah di Kolej Tun Perak, UPM. Kenapalah mesti kolej kediaman aku yang enkorang pilih? Kenapalah bilik aku yang enkorang pilih? Kenapalah toilet yang aku guna yang engkorang pilih? Kenapalah tangga yang aku lalu hari hari enkorang pilih? Ya Allah, dugaan apakah yang Kau berikan kepadaku ini 😖 I is kerana terpaksa ku relakan. Kami pilih KTP adalah disebabkan group lain memang takkan buat kat kolej ni sebab dalam class tu aku sorang je duduk kolej ni. And satu lagi sebab adalah disebabkan kolej aku lagi nampak menyeramkan. Itu semestinyalah kan sebab kolej ni kolej lama. Ohh tambahan tempat adalah di Ladang Pine di mana cerita bermula segalanya. Jeng jeng jeng.


Masa shoot video seram ni kami ambil masa sehari je tau. Haa percaya tak? Sebab apa? Sebab kami ada perancangan yang startegik. Kami ada storyboard. Sebab tulaa semuanya boleh disiapkan dengan cepat. Lagi satu semua banyak komitmen lain so nak taknak kena settle dalam sehari je shooting. Lepas class terus buat stiryboard, bincang apa semua. Then Rabu petang dalam pukul 6 tu shoot video kat ladang pine. Aku dah pesan awal awal dah kat dorang sekali shoot je, taknak lama lama duduk situ. Al maklumlah dah lewat petang. Taknak sampai maghrib kat situ. Bahayakan hutan bila duduk sampai maghrib. Ada kang balik berenam 😰

So shooting kat kolej kami buat malamnya. Kami start dalam pukul 10 gitulah. Sebab masing-masing mandi makan settle mana yang wajib dulu. Then baru berkumpul start shooting. Sebenarnya aku berat hati nak bagi berlakon kat bilik aku ha. Sebabnya 2 hari sebelum hari shooting ni aku kena kacau kat bilik aku tu ha. For the first time, selama 23 tahun hidup, tu kali pertama aku kena kacau tau. Kena tindih time tidur haa. Tapi apakan daya demi markah aku gagahkan diri. So marilah kita tengok hasil karya kami. Meh meh pegi Youtube sis. Tolong tambah viewers, likers and kalau boleh subscribe sekali ok. Terima kasih semua.

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 12 : VLOG

MINGGU 8 : PEMBENTANGAN KAITAN SASTERA DAN MULTIMEDIA