MINGGU 2 : ASAS GRAFIK

Min ga la ba. *Ceh sejak belajar bahasa Myanmar ni kemain nak show off padahal tahu tu je 😂 Ok min ga la ba ni kira greetings lahh and kalau korang nak tahu min ga la ba ni bawak banyak maksud selamat pagi pun dia selamat petang pun dia selamat malam pun dia. Kiranya segala selamat dia pegang. Hahaha.

Ok dah habis cite tu. Dah seminggu dah ni duduk senawang ulang alik upm. Weyhhh sumpah penat gila ehh. Bapak penat namatey. Yang jadik penat sebab bawak manual. Ok takpalah manual kira ok yang tak ok keta oren ni tak boleh bawak laju ha 😭 Boleh bawak 80 je paling laju pun 100 tu pun nak roboh dah keta. 100 pun dah rasa tak boleh pegi. Kau bayangkan eh dengan kelajuan 80 km/j dari senawang ke upm. Mana tak rasa jauh gila. Biasa setengah jam boleh sampai eh. Ni makan sejam kud baru sampai. Tak campur jalan sesak lagi. kau tahulah soghamban tu memang famous dengan jammed time peak hour. Memang mintak sumpah seranahlah. Asal balik je terus tidur sebab lutut longgar dah.

Ha kenapa aku ulang alik senawang-upm tak duduk kolej je? Takkanlah aku sengaja nak susahkan dirikan. Biasalah duduk kolej lembah pastu pemalas join aktiviti kolej jadi makan dia kena buang kolej sebab merit tak cukup 😂 Dah final year dah tu malas nak kumpul weyh bukan sengaja. Dulu masa 1st year kemain excited kud join semua aktiviti. Kau tanyalah kat KTP tu siapa je tak kenal nabila aka bunga 🙈 Well bukan nak kata famous tapi bolehlah. Tapi adik adik dah tak kenal kud sebab sekarang iolss duduk bilik je 😅 Dah tua pinggang dah sakit nak turun padang #PropaSangat

Nak pegi class kalau dari Senawang tu memang akan buat aku jadik lambatlah masuk classkan. Masuk masuk class dah kena setepek dengan lecturer. Lecturer macam percaya tak percaya je aku dari Senawang eh. K takpa dia sendiri ajar kita kena redho. Masuk class Multimedia Dalam Sastera dah week 2 so aku masuk class dah terus kena buat assignment. Omaigadddd 😱 Ok tu ok lagi. The worst is kena hantar pukul 1 iaitu sejam selepas class tu habis. Kau ghase? Ok kita amalkan konsep redho macam Prof ajar 😭 Ada lagi worst part iaitu aku ada class pukul 12 sampai 2 dekat Fakulti Ekologi. Dah binggung dah ni nak siapkan assignment nak pegi class. Dalam hati dan ke tak dan ni. So cite dia kitaorang buat assignment Asas Grafik. Haa siapa nak tahu asas grafik ada berapa cepat angkat kening. Hehe 🙊

Ok anak anak murid sekalian. Hari ni Cikgu Bunga nak ajar asas grafik ada lima ye semuanya iaitu Teks, Keseimbangan,, Kesesuaian, Mudah dan Warna. So untuk assignment yang kitaorang buat ialah cari gambar dalam majalah yang menunjukkan elemen-elemen tersebut. Oh lupa kitaorang tak dibenarkan menggunakan sebarang pensil or pen or marker untuk tulis elemen, nama, no matrik etc. Kena pakai yang dalam majalah means kena gunting huruf. So dah dapat semua tu kenalah buat buku skrap yang memenuhi kriteria yang Prof inginkan di mana tiada gelembung, takda cacat cela lah senang cite. Dah dah jom tengok hasil keja kitaorang.

COVER DEPAN SEMANIS NAMANYA

TEKS

KESEIMBANGAN

KESESUAIAN

MUDAH

WARNA
AHLI KUMPULAN MANIS YANG COMEY LOTEY



Comments

Popular posts from this blog

MINGGU 10 : VIDEO THREE LAYER DAN SERAM

MINGGU 12 : VLOG

MINGGU 8 : PEMBENTANGAN KAITAN SASTERA DAN MULTIMEDIA